Kesan akibat kerajaan BN menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat hari ini dikatakan begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara, dakwa AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.
“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam (bawah, kanan) dan lain-lain lagi seolah-olah cuba dipadamkan dari sejarah.
“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya.
Sebaliknya, menurut Idris, tokoh-tokoh Umno pula yang diagung-agungkan semasa menyambut kemerdekaan negara.
Pada hal, katanya, Umno hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946 dan malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.
Menurutnya, laungan 'Merdeka' hanya digunakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 semasa persidangan perhimpunan agung Pemuda.
Ini, kata Idris, membuktikan Umno begitu lambat untuk memperjuangkan kemerdekaan negara ini.
Tambahnya lagi, golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat mendapatkan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) dan Hizbul Muslimin (1948).
Menurut Idris, jika benar Umno memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, rakyat tentunya bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika zaman penjajahan British itu.
“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.
sumber : malaysiakini
email me :
email me : getahskrab@gmail.com
click la disini!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
network!
TOP 10 !
-
Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada Noorhayana Najwa sambil diperhatikan Tuanku Nur Zahirah, Sultan Ahmad Shah dan Sultan...
-
assalamualaikum...alhamdulillah...tiba juga 14syaaban...dapat juga saya berniat untuk berpuasa... marilah kita bersama sama berniat untuk ...
-
Malang lagi buat PM kita.. Lunch pula dibatalkan PM Britain.. Sudahlah semalam ketibaan Najib di London tidak disambut dengan hamparan pe...
-
Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. ...
-
Assalamualaikum semua..hari ini getahskrab tak dapat pergi motong, tapi dapat nak share dengan korang semua cara-cara menasihati orang dalam...
-
PASIR GUDANG - Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individ...
-
Hari ini blogger getahskrab@ ingin berkongsi satu lagi pendedahan oleh sahabat saya milosuam : milosuam : Hari ini blogger Milosuam telah ...
-
hina atau hormat? Isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah yang juga merupakan first lady malaysia dan juga menjadi ikon kepada wanita ISLAM ...
-
itulah kontroversi yang melanda isteri PM kita sekarang..dari mana beliau mendapatkan duit untuk membeli cincin tersebut? beliau mengesahk...
-
baca baca dan sebar! reformasi!! menuntut KEADILAN! KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar sk...
No comments:
Post a Comment