email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

sketsa isu kelab hiburan kedah dan melaka


"MB KEDAH – lu punya pub n disko kena menghormati bulan ramadhan tau ka.. x boleh bg org islam masuk.. kalau lu bagi kita akan ambil tindakan.. tutup lu punya kedai..

Tokey pub – betul ka.. mana ada undang2 mau halang itu mcm..

Mb kedah – ada.. Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.. UMNO la bikin itu undang2.. lu x tau ka..

Tokey disko
– ayyooo… kalu tutup apa mcm gua punya pekeja semua mau cari makan…. susah lor..

MB KEDAH – itu akta mmg suruh tutup, tapi kita kerajaan kedah ada hormat org bukan islam punya aktiviti.. kita bukan mau suruh tutup, tapi lu org kena hormati hak org islam.. x boleh bg masuk.. kalau bg, baru kita nanti arah kan tutup dan ambil tindakan..

Tokey rumah urut – itu macam ka..

Mb Melaka – xpa.. tokey semua.. lu org boleh mai Melaka.. kita mau bagi lu org special punya.. kita sudah lanjut itu jam maaa… dari pukul 1 ke pukul 3 pagi.. kita semua boleh hoorreeyyy sampai pagi.. apa mcm, suka ka…

Tokey Karaoke – fuuuyyyoooo… dashyat…

klik iklan dibawah :)

Friday, 15 July 2011

Slot Akasia : Nora Elena catat tontonan paling tinggi :)

assalamualaikum...hari ini getahskrab@ ingin berkongsi la siki ye walaupun agak ketinggalan :)
drama yang menghiasi slot akasia catat tontonan paling tinggi..wow! best ke cerita dia? walaupun tayangan dia dah pun tamat 16jun hari tu tapi drama bersiri ini tetap menjadi perbualan orang ramai...haisshh,, teringin jugak getahskrab@ nak tengok drama ni, tapi apakan daya! dah tamat..tgk gambar artis jela..hehe..


getahskrab@ ambil artikel ini dari berita harian online :)
Drama adaptasi novel Kasih Yang Suci, menampilkan lakonan hebat Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.
Nora Elena mencecah hits penonton tertinggi pada 16 Jun lalu ketika episod terakhir tayangan drama bersiri popular itu berlangsung. Portal rasmi web TV3, www.tv3.com.my mencatatkan rekod paling tinggi iaitu 295,309 paparan halaman dengan jumlah hits 116,311 pelayar disumbangkan menerusi laman web khas Parti Tonton Nora Elena. Drama bersiri ini turut menyumbang kepada hits harian tertinggi Tonton yang mencecah 444,853 paparan halaman.

Bukan itu saja, Nora Elena juga mencatat lebih 1.75 juta hits video di portal Tonton dan jumlah itu terus meningkat. Lebih manis lagi, ia turut melakar sejarah tersendiri apabila sesi Star Chat bersama pelakon utamanya, Aaron Aziz pada 16 Jun lalu disertai lebih 2,925 pengunjung portal berkenaan, sekali gus menjadikan sesi Live Chat itu hits paling tinggi dalam sejarah Alt Media.
Hits video streaming untuk Live Chat berkenaan juga menduduki tangga ke-4 tertinggi dunia menerusi platform USTREAM dengan rekod 24,984 penonton ketika sesi berlangsung.

Populariti dan sambutan hebat penontonnya menyaksikan TV3 dan Tonton menganjurkan parti online khas yang menawarkan pengalaman hebat menonton empat episod akhir serta kandungan eksklusif bloopers, rakaman di sebalik tabir, babak penuh tanpa suntingan dan pelbagai lagi.

Drama lain yang turut mendapat sambutan di Tonton termasuk Juvana, Dewa Cintaku, Stanza Cinta, Ana Lu’lu, Cita & Cinta, Bait Cinta, Destiny In Her Hands, Showdown 2011 dan Full House.

getahskrab@ juga berharap program imam muda di astro oasis juga mendapat sambutan hangat : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!