email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Saturday, 23 July 2011

Mat Sabu : Buat apa saya nak tipu, saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman polis



gerorgetown, 23july : “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata  Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. 
Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.
Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.
“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.
Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.
Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.
Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.
Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.
Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.
(TEMUBUAL PENUH DENGAN MOHAMAD SABU DI DALAM HARAKAH TERBARU)

klik iklan dibawah :)

Friday, 22 July 2011

Mat Sabu: Tunggu kita saman di mahakamah

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya.

source : malaysiakini

click iklan dibawah :)

Monday, 18 July 2011

Bukti lagi : Umno cuba tutup kekejaman mereka terhadap Mat Sabu

Gambar Mat Sabu : kakinya sakit dilanggar land rover ketika menunggang motorsikal semasa perhimpunan bersih..

walaubagaimanapun, pihak mereka ni cuba nak tuduh Mat sabu ni lah yang berpura-pura sakit...buat teruk jadi..semua ada la la kat depa ni..

NAMUN, apakan daya....bukti sekarang sudahpun ada di tangan kita...



cuba lihat gambar dibawah, jelas menunjukkan sebatang besi di lutut.


jadi apa yang dikatakan polis dan pihak media berat sebelah tu betul la ye..Mat sabu TIDAK dilanggar pun...Mat sabu sengaja mengambil simpati orang ramai..TETAPI gambar tersebut telah membuktikan Mat Sabu betul2 sakit..

getahskrab@ gambar tersebut jelas menunjukkan sebatang besi? soo...maknanya, berita yang digempurkan media berat sebelah umno memang salah...

ada pihak cuba memburukkan kepimpinan PAS! tidak logik lah jika mat sabu nak sengajakan dirinya untuk jatuh sampai nak kena bedah masukkan besi...apakah pendapat anda?
source : milosuam

klik iklan dibawah ini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!