email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Showing posts with label tamby chik. Show all posts
Showing posts with label tamby chik. Show all posts

Monday, 18 July 2011

Rahim Tamby Chik : 15k saja hadir perhimpunan bersih 2.0

18 July : Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, perhimpunan bersih 2.0 yang hadir cumalah 15ribu orang membuktikan bahawa bersih 2.0 telah gagal. Secara peribadi beliau menjelaskan yang hadir cumalah 15ribu walaupun bersih 2.0 memberi sasaran 100ribu orang yang akan hadir.


Beliau kemudiannya mengganggap pihak luar cuba memburukkan polis dan kerajaan dengan kekerasan yang diberikan.

Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.

Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, ia termasuklah cubaan sesetengah pihak menggunakan rakaman video kononnya menunjukkan kekejaman anggota keselamatan ketika cuba menyuraikan perhimpunan di Kuala Lumpur itu. 



Kemudian beliau menuduh Anwar mempunyai 'sympathiser' untuk mengkukacar-kacirkan negara. 


Beliau juga berharap Rakyat Malaysia perlu rasional dalam membuat penilaian terhadap dakyah yang tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

getahskrab@ apa jawapan anda tentang statement yang dikeluarkan oleh tamby chik ini? adakah ianya satu pengampuan? 


sumber : malaysiakini

KLIK IKLAN DIBAWAH INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!