email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

isu di kedah dah terjawab, UMNO cuba burukkan pimpinan Ustaz Azizan!


JAWAB UMNO JAWAB - Kalau tak melutut kepada MCA, kenapa dulu UMNO tak buat?

Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Sekarang kerajaan PAS hanya mahu menguatkuasakan saja undang-undang yang telah dibuat tetapi dengan beberapa pindaan. Antaranya peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk Muslim sahaja, berbanding peraturan dibuat BN dulu yang mahu menguatkuasakan untuk semua, termasuk bukan Muslim.

Sekarang UMNO mengecam PAS kerana kononnya takutkan masyarakat bukan Islam, soalnya bolehkah peraturan Islam dipaksakan terhadap bukan Muslim? Nak paksa mereka tutup aurat, jangan minum arak, jangan sembah tokkong, jangan main judi... bolehkah? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

UMNO persoalkan sejauhmana penguatkuasaan terhadap umat Islam supaya tak masuk pusat hiburan boleh dilakukan? Penguatkuasaan melalui dua cara: pertama kalau ada sorang pun orang Islam dibenarkan masuk oleh pengusaha maka lesen akan ditarik, jadi terpulang kepada pengusaha kalau dia mahu terus berniaga sekat orang Islam masuk ke situ. Keduanya di samping penguatkuasaan oleh pejabat daerah, sapa-sapa pun boleh pi buat report kat pejabat agama jika ada orang Islam masuk. Tindakan tidak boleh diambil terhadap orang Islam yang masuk tetapi pengusaha pusat hiburan.

Tak apa itu penguatkuasaan cara kita, nak tanya balik sepanjang 10 tahun zaman BN dulu tak kuatkuasakan enakmen tu... macam mana pula caranya depa halang orang Islam masuk pusat hiburan bulan Ramadhan? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... adakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)
getahskrab@ bila pas dan dap bergabung atas dasar hubungan kerjasama untuk membina masa depan malaysia, depa kata pas n kafir..tapi bila najib jumpa pope,depa tau plak cakap tu nk bkerjasama antra agama didunia...cakap xserupa bikin la umno ni..ni lah umno, nak burukkan orang...jeles dgn MB kedah yang telus dalam pentadbiran!

klik iklan dibawah ini :)

Nik Aziz : Umno guna politik kampung!

Hari ini, Nik Aziz mengulas tentang gemelut yang berlaku di Kedah. Berikut adalah laporan dari sinar harian.




dan dibawah ini merupakan perutusan Nik Aziz di HarakahDaily
penjelasan isu yang melanda Kedah sekarang..



Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.
Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.
Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).
Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.  Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?
Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.
Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh: 18 Julai 2011



cuba baca dan fahami betul2...siapakah bermain politik kotor? adakah seorang USTAZ? ataupun fitnah umno terhadap pas dan pakatan kedah?? [click sini untuk renungan]

sila beri pendapat anda tentang gemelut politik yang berlaku di kedah!

klik iklan dibawah inii :)

Najib masuk gereja...sebab apa blogger umno diam?jawapan dia disini ::

 getahskrab@ ni dia gambar Najib ok..bukan gambar Anwar or Nik Aziz! 
   


wow! walaupun aku ni sebenarnya tak suka sangat orang umno ni..tapi aku salute sikit la dengan Najib ni sebab beliau hormat agama orang..bagi aku, ok lah tu beliau pergi melawat, siap bagi hadiah lagi kat ketua Agama Kristian tu..lagipun budaya toleransi yang Najib tunjukkan kat pope ok la kan?? 

kita juga kena la tunjuk baik dengan mereka supaya mereka dapat hidayah!

tapi, yang aku pelik sekarang ni, tak dak la pulak kan orang kristian yang membantah orang islam masuk gereja? tapi tak pe la..aku cuma mendoakan pope tu dapat hidayah! 

tapi yang bestnya aku nak ulas kat sini, macam mana jadi kat politik Malaysia dengan blogger UMNO kalau orang diatas itu adalah Nik Aziz ataupun Anwar Ibrahim? dan juga bagaimana kalau Najib itu adalah Presiden PAS??
 apakah yang akan mereka tulis dalam blog mereka? 
  •  Najib nak Jual Malaysia kat Pope
  • Najib agent kepada Kristian
  • Najib nak jual bangsa Melayu
  • Najib ni dah murtad
  • Najib nak bina negara kristian
  • Najib nak tukar agama rasmi ke kristian

getahskrab@ saya boleh terima Najib untuk melawat pope dan menjalinkan kerjasama itu sebagai kelangsungan hidup untuk bekerjasama, tapi apa sebab bila Nik Aziz, Khalid Samad buat benda yyang sama , mereka nak hina dan caci? kalau pemimpin dorang, kenapa pulak dorang ni nak senyap??

sepatutnya blogger umno sekarang dah buat isu Najib masuk gereja macam blogger umno  FITNAH pasal Nik Aziz dulu!!tapi diam je..ha ha ha...masuk dalam selimut ke??

sumber : amenoworld
sebenarnya aku salute betol la dengan blogger ameno world...dia memang bernas!! sama-sama berjuang!


klik iklan dibawah ini yea :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!