email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Tuesday 19 July 2011

Banyak Pihak tak setuju dengan anugerah hero perkasa, Ibrahim Ali

MALAYSIAKINI 

Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dibidas pelbagai pihak.

Penubuhan anugerah itu datang daripada Datuk Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA itu. Ia dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga adalah bekas pelajar UiTM dan menuntut dari tahun 1971 hingga 1974.



Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.

“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.



Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.

NONEBerkongsi pendapat yang sama adalah setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan UiTM.

Katanya, Ibrahim tidak layak mendapat pengiktirafan seumpama itu.

“Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.



sumber : malaysiakini

klik iklan anda disini :)


soalan dari saya : adakah anda setuju dengan anugerah ini? sila berikan komen dan ulasan anda!

4 comments:

  1. bagi saya ramai lagi yang layak untuk dijadikan ikon...

    ReplyDelete
  2. katak si katak lompat
    lompat lah tinggi-tinggi
    lompat perkasa lompat
    esok dapat jawatan tinggi

    ReplyDelete
  3. come on u guys.. be more realistic.. why on earth created a childhish anugerah? for wat if u get this anugerah? is it gonna help u in ur career??? is this gonna make u 'somebody' some day?? concentrate in ur studies and one day be somebody whom the country is proud of. make Malaysia a better place to live through ur knowledge in life and not with this anugerah thing.

    ReplyDelete
  4. Sukusakat mandaliar & si kitol seperti kau orang memang tak layak terima anugerah Ibrahim Ali tu...Awal2 lagi tak termasuk dalam senarai orang yang layak dipertimbang untuk menerima angerah tersebut....jadi sedar la diri tu!...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!