email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Monday 25 July 2011

dari harakah daily , peguam malaysia pertikai tindakan imegrisen


Bourdon: Majlis Peguam pertikai langkah kerajaan
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Majlis Peguam
Malaysia mempertikaikan tindakan
Jabatan Imigrasen menangkap dan
menghantarpulang peguam
hak asasi manusia
Perancis,William Bourdon baru-baru ini.

Presidennya,  Lim Chee Wee
dalam satu kenyataan medianya berkata,
alasan jabatan itu kononnya peguam
itu melanggar peraturan
lawatannya ke Malaysia tidak boleh
diterima dan tidak mencukupi.

Beliau mengulas tindakan pegawai Jabatan
Imigrasen yang menaiki pesawat yang membawa Bourdon dari Pulau Pinang
di KLIA Jumaat lepas dan mengiringinya ke pajabat jabatan itu.

Ketika itu, Bourdon bersama pengiringnya iaitu seorang pegawai
Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cythia Gibrel, dan isterinya dalam
perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas
 memberikan ucapannya dalam satu majlis di sana.

Bourdon dijadualkan memberikan ucapan di majlis kutipan dana
untuk membiayai tindakan Suaram yang membuka satu kes penyiasatan
ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah
Perancis.

Bourdon adalah salah seorang peguam yang mewakili Suaram. Beliau dijadual berucap di
Dewan Sivik MPPJ dan Ipoh keesokan harinya.

Tindakan kerajaan ini, kata Lim Chee Wee, menyebabkan rakyat membuat kesimpulan
bahawa ia dilakukan ekoran ucapannya di Pulau Pinang sebelum itu, berkaitan dengan
dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari syarikat Perancis.

"Majlis Peguam Malaysia menuntut kerajaan Malaysia memberikan alasan yang munasabah
secara terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam Perancis itu untuk
menghilangkan keraguan terhadap kes penangkapan dan penghantaran pulang ini.

"Kejadian ini memberikan satu lagi kesan negatif kepada nama Malaysia dalam hak
asasi manusia  yang melibatkan rakyat asing," kata Lim Chee Wee lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!