email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Thursday 14 July 2011

Hadi Awang minta maaf berikutan masalah yang timbul sejak Isnin lalu



PLKN


PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sabar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari orang ramai khususnya ibu bapa berhadapan kesukaran untuk mengakses laman web www.khidmatnegara.gov.my, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) semalam menasihatkan mereka supaya tidak panik dengan masalah tersebut.
Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, ini kerana mereka mempunyai tempoh enam bulan dari sekarang untuk menyemak status senarai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2012.
Sambil meminta maaf berikutan masalah yang timbul sejak Isnin lalu, beliau berkata, pihaknya telah menaik taraf pelayan Internet laman web tersebut sebanyak lima kali.

Menurut beliau, antara proses menaik taraf laman web mereka di www.khidmatnegara.gov.my itu termasuklah membuka laman kontigensi baharu, selain kapasiti pelayan juga dipertingkat secara berperingkat.
“Saya nasihatkan ibu bapa supaya bersabar dan jangan panik kerana tempoh masa untuk menyemak status anak mereka adalah selama enam bulan iaitu dari sekarang sehingga akhir tahun ini.
“Saya memohon maaf atas apa yang berlaku tetapi saya sudah arahkan pegawai saya supaya memantau situasi itu dari masa ke semasa,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa apabila gagal menyemak status kumpulan sesi baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!