email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Tuesday 19 July 2011

isu di kedah dah terjawab, UMNO cuba burukkan pimpinan Ustaz Azizan!


JAWAB UMNO JAWAB - Kalau tak melutut kepada MCA, kenapa dulu UMNO tak buat?

Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Sekarang kerajaan PAS hanya mahu menguatkuasakan saja undang-undang yang telah dibuat tetapi dengan beberapa pindaan. Antaranya peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk Muslim sahaja, berbanding peraturan dibuat BN dulu yang mahu menguatkuasakan untuk semua, termasuk bukan Muslim.

Sekarang UMNO mengecam PAS kerana kononnya takutkan masyarakat bukan Islam, soalnya bolehkah peraturan Islam dipaksakan terhadap bukan Muslim? Nak paksa mereka tutup aurat, jangan minum arak, jangan sembah tokkong, jangan main judi... bolehkah? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

UMNO persoalkan sejauhmana penguatkuasaan terhadap umat Islam supaya tak masuk pusat hiburan boleh dilakukan? Penguatkuasaan melalui dua cara: pertama kalau ada sorang pun orang Islam dibenarkan masuk oleh pengusaha maka lesen akan ditarik, jadi terpulang kepada pengusaha kalau dia mahu terus berniaga sekat orang Islam masuk ke situ. Keduanya di samping penguatkuasaan oleh pejabat daerah, sapa-sapa pun boleh pi buat report kat pejabat agama jika ada orang Islam masuk. Tindakan tidak boleh diambil terhadap orang Islam yang masuk tetapi pengusaha pusat hiburan.

Tak apa itu penguatkuasaan cara kita, nak tanya balik sepanjang 10 tahun zaman BN dulu tak kuatkuasakan enakmen tu... macam mana pula caranya depa halang orang Islam masuk pusat hiburan bulan Ramadhan? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... adakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)
getahskrab@ bila pas dan dap bergabung atas dasar hubungan kerjasama untuk membina masa depan malaysia, depa kata pas n kafir..tapi bila najib jumpa pope,depa tau plak cakap tu nk bkerjasama antra agama didunia...cakap xserupa bikin la umno ni..ni lah umno, nak burukkan orang...jeles dgn MB kedah yang telus dalam pentadbiran!

klik iklan dibawah ini :)

5 comments:

  1. jawab jangan tak jawab eh umno..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Agaknya ye BN takut pada MCA!, TETAPI PAS yang selama ini berdegar2 berjanji pada rakyat nak tegak hukum Islam, kenapa pula tak kuatkuasakan enakmen tersebut.?...Enakmen Hiburan dah pun dilulus di zaman BN 1997, kini menjadi tanggungjawab kerajaan PAS pulak untuk menguatkuasanya...Tak payah nak berdolak daleh. Tunjukan PAS boleh laksana hukum Islam di Kedah lebih baik dari BN...Kenape baru DAP gertak sikit aje dah ubah pendirian!....Munafik tau kalau tak tunai janji!

    Kenape buat pindaan pulak?...kan selama ini PAS tuduh UMNO tak laksana hukum Islam kerana UMNO kuatkuasa enakmen/undang Islam hanya untuk orang Islam sahaje...Tok Guru dan Lebai2 Pas kata hukum Islam tak pilih bulu....sesiapa yang buat dosa pasti kene hokum!...Apakah hukum Islam PAS dah berubah selepas istihar Negara Kebajikan! Kini setelah tidor sebantal dan makan sepinggan dengan DAP baru tahu & sedar yang undang2/enakmen Islam hanya untuk orang Islam sahaja? ....tak boleh pakse orang bukan Islam patuhi ye!...pandai kau cari alasan ye!...Itu sebabnya orang tua2 selalu nasihat supaya jangan menipu!...Tuhan tak restu...kerana tu lambat laun akan terbongkar / orang tahu juga kedudukan sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum semua.... Ada lg yg x phm pelembagaan negara sendiri no... Igt malaysia nie cam us ke setiap negeri dia lain2 undang2. Klu malaysia cam 2 dh lama kelantan buat hukum hudud. Tgk la cam ner si kafir lahnat nnahdir hantar suart kat MB kelantan surh batalkan hasrat buat hukum hudud. Xyah tggu PAS sepattnya UMNO/BN yg wajib buat sebb depa lg berkuasa dari kerajaan negeri... Jgn la jd bodoh sgt dek kerana Taksub akan politik sempit. Buka mata luas2 la saudara.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    kpd saudara yg still xpham tu..brsyukur la sbab PAS dh tunaikan janjinya untuk tegakkan hukum Islam..Hukum Islam wajib dipatuhi oleh org Islam laa..kat mana yg kata PAS tak tunai janji tu..?
    cuba pham isu ini sbetul2nya..dh terang lagi nyata Ustaz Azizan terangkan tp korang still nak cari salah..tak stuju dgn PAS xpa,tp kena stuju la dgn agama Allah..ok..:)
    p/s: tlg nasihat kerajaan melaka,malu sgt aih buat kptusan camtu..tu trlalu tnduk dgn MCA sgt tu..malu3 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!