email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Thursday 21 July 2011

Kami minta debat Bersih disiarkan secara langsung! 26JULY2011


PETALING JAYA: Pemuda DAP Perak mahu kerajaan mengambil perhatian serius terhadap isu perdebatan antara Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga dengan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dijadualkan pada 26 Julai depan.


Pengarah Biro Pendidikan Politik Dapsy Perak P Sugumaran berkata, perdebatan itu nanti perlu disiarkan secara langsung supaya rakyat diberi peluang mendengar sendiri penjelasan kedua-dua pihak serta kekuatan pendirian masing-masing membentuk agenda politik rakyat.



“Persoalannya, adakah kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan rakyat.



“Sebaliknya, jikalau kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan Bersih, kelakuan SPR dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN).



“Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


‘Demam’ Bersih
Katanya, ‘demam’ Bersih yang dialami SPR dan kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntutan pihak pengundi, malah hanya membawa padah yang lebih serius kepada Umno-BN kerana kegagalan SPR mendengar tuntutan Bersih.

Beliau dalam kenyataannya turut memuji tindakan Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu menunjukkan kehebatan kuasa politik Umno-BN.

“Keberanian menerima cabaran SPR oleh Datuk Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi,” katanya.


Debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ antara Ambiga, Wan Ahmad, dan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ,Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin akan diadakan pada Selasa depan di Auditorium Kompleks Media Karangkraf pada pukul 2 petang.


Debat anjuran akhbar Sinar Harian itu turut menampilkan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator.

source : free malaysia today

ANDA JUGA MINAT INI : SPR[CLICK SINI]

click to enlarge : apa kata penyokong UMNO


GETAHSKRAB@ RAKYAT MENGAMBIL MASA TIDAK SAMPAI 24JAM UNTUK SIARKAN VIDEO BERSIH, TETAPI POLIS YANG TEKNOLOGINYA CANGGIH MEMERLUKAN LEBIH 14 HARI UNTUK SIARKAN VIDEO TERSEBUT, EDIT CANTIK2 YE..

CLICK IKLAN DIBAWAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!