email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Friday 22 July 2011

Keharmonian kaum di singapura tunggak kemajuan negara

MAJLIS PERKUKUH IKATAN: Encik Tan Thiam Lye (kiri), Dr Tony Tan (tengah) dan Mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris (kanan) di majlis jamuan teh antara agama yang dianjurkan sempena Hari Keharmonian Kaum. -- Foto THE STRAITS TIMES

SINGAPURA

Tony Tan: Harmoni kaum antara tunggak kestabilan negara

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Dr Tony Tan, berkata keharmonian kaum merupakan antara tunggak kestabilan negara.
'Ia juga merupakan asas di mana penduduk berbilang bangsa dan agama dapat merasakan keselesaan hidup dan bekerjasama tanpa dibelenggu tekanan dan pergeseran antara kaum yang sering dialami di negara-negara lain,' kata beliau.

Dr Tan berkata demikian ketika ditemui wartawan di acara jamuan teh sempena Hari Keharmonian Kaum anjuran Persekutuan Taois.
Beliau, yang telah menyuarakan keinginannya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, merupakan tetamu khas di majlis tersebut.

'Sekitaran keharmonian kaum yang kini dirasakan rakyat Singapura tidak dapat dikekalkan tanpa usaha berterusan dan usaha bersama pertubuhan-pertubuhan agama.
'Saya harap usaha ini dapat diteruskan,' ujar beliau.

Acara yang diadakan di Safra Yishun petang semalam itu dihadiri lebih 200 pemimpin berbilang agama.
Antara pemimpin agama Islam yang hadir di acara itu ialah Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram; mantan Mufti, Ustaz Syed Isa Semait; dan Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Alatas.
Dr Tan juga berpeluang beramah mesra dengan anggota pertubuhan pelbagai agama yang hadir di majlis itu.
Awal daripada itu, ketika berucap di majlis yang sama, Pengerusi Persekutuan Taois, Encik Tan Thiam Lye, berkata rusuhan kaum 1964 memberikan satu pengajaran pahit kepada rakyat Singapura.
'Untuk memastikan peristiwa itu tidak berulang, kita perlu sentiasa bersatu padu dan bersama-sama menyumbang demi kebaikan negara,' kata beliau. -- Oleh ADLI YASHIR KUCHIT.

getahskrab@mereka bersama ustaz untuk majukan negara. ingatlah dari pengajaran yang berlaku, janganlah kita belajar memaki hamun kaum lain [baca disini]

source : cyberita,akhbar singapura
















klik iklan dibawah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!