email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Wednesday 20 July 2011

MCA tolong UMNO jelas isu pusat hiburan di bulan ISLAM,Ramadan!

click to enlarge
Isu pusat hiburan sudah dijawab oleh MB kedah dan UMNO terkantoi..lepas kantoi mintak MCA tolong jelaskan di Melaka..patut ler KM melaka nak pusat hiburan dibulan puasa dibuka sampai 3pagi!


Menurut Dr Chua Soi Lek, isu itu sengaja dimainkan oleh PAS bagi membuktikan bahawa cina DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS.


Menurut penjelasan MB kedah, isu ini bukan sengaja dimainkan tetapi ini adalah berkaitan Islam, bulan Ramadan, bulan kemuliaan dalam islam. kita perlu menghormati bulan Islam. Kita bukan mintak nak tutup pusat judi, pusat hiburan dan sebgainya. Ini adalah langkah yang terbaik bagi umat islam agar orang islam dapat menunaikan ibadah sepenuhnya dibulan Ramadan, Bulan ramadan adalah bulan kemuliaan disisi Agama Islam. Kita cuba nak elakkan daripada orang Islam terus dibuai mimpi dengan hiburan yang boleh melalaikan.


sebenarnya,Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB).


MB kedah juga memberitahu, kita tidak akan tutup pusat hiburan tetapi kita memohon agar pengusaha tempat hiburan tersebut menyekat orang islam masuk ke tempat hiburan.


UMNO juga sepatutnya mengikut langkah kerajaan PAS kedah untuk menyatakan pendirian tentang Islam, bukannya dengan MENAMBAH LAGI JAM UNTUK HIBURAN SEPERTI DI MELAKA, AKAN DIBUKA SAMPAI JAM 3PAGI!


Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... adakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

SAYA NAK TANYA JUJUR LAH KEPADA MASYARAKAT CINA, ADAKAH ANDA SELESA DENGAN PAS? ATAU ANDA SELESA DIBAWAH UMNO?SILA BERIKAN ALASAN DAN KOMEN ANDA!

KLIK IKLAN DIBAWAH!

2 comments:

  1. satu lagi soalan...adakah benar berjudi itu adalah BUDAYA cina???saya rasa x setuju...sbb banyak keburukan dari kebaikan berjudi nie...yang menang berapa kerat..yang kalah berbalak2balak..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali saya dengar bahawa budaya orang Cina yang perlu pergi ke pusat hiburan sehingga pukul 3am. Kegiatan tersebut termasuk berjudi memang banyak di kalangan orang Cina, tetapi ia juga dihina kerana sememangnya ajaran-ajaran budaya Cina tidak menyokong masyarakat bersifat tanpa pengendalian sendiri.

    Saya sebagai orang Cina lebih selesa dengan PAS. UMNO dengan kroni-kroninya tidak dapat dipercayakan, mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin-pemimpin Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!