email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Thursday 21 July 2011

Najib contoh pemimpin. Anwar tetap salah


ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia [Utusan].


Senang kata, ke mana sahaja Anwar Ibrahim melangkah di dalam dunia ini, nescaya akan berlaku kerosakan yang maha dahsyat ke atas manusia sejagat, terutamanya manusia-manusia yang tinggal di Malaysia. Jika ditanya, siapakah manusia paling jahat di dunia ini? Percayalah, jawapannya ialah Anwar bin Ibrahim.

Tetapi berbeza dengan seorang lagi insan yang sangat kontra perwatakannya, sangat berbeza tindakannya, namanya Najib Razak. Ke mana sahaja insan ini melangkah, akan membawa rahmat ke seluruh alam, membawa kebaikkan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, memberi kebahagiaan dan keamaanan kepada pokok-pokok dan ulat gonggok.

Jika dia ke Amerika, nescaya seluruh rakyat Amerika akan memeluk Islam, jika dia ke Vatican, nescaya pope Kristian paling agung akan tunduk dan hormat kepada Najib Razak. Apa sahaja tindakannya disulami dengan tingkah laku bijak yang membawa keamanan, kebaikkan kepada seluruh manusia sejagat terutama manusia-manusia yang ada di Malaysia. Apa sahaja tindakannya tidak pernah silap, tidak pernah salah.


Malah jika Najib Razak lari berbogel di seluruh Kuala Lumpur bersama-sama dengan Lady Gajah sekalipun, tentu tindakan itu tersirat pemikiran bijak, disulami wawasan yang jauh, dengan perancangan yang mantap bagi membawa kebaikkan kepada semua manusia yang wujud sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini, berlanjutan sehingga ke hari kiamat. [Utusan]

RentaP© "Kesimpulannya Anwar jahat, Najib baik..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/anwar-bina-rangkaian-belasah-malaysia.html#ixzz1Sf8zcqim


sebab najib baiklah, pengikutnya juga baik [click here] dan pemuda umno baik [click here]

klik iklan dibawah!

3 comments:

  1. mana najib pergi semua salah..najib je betul...

    ReplyDelete
  2. mira awk ckp ape??? x fhm...

    ReplyDelete
  3. sy sokong ape yg dikatakan olh blogger nie.
    media2 arus perdana b'susah payah m'cari idea utk menunjukn Anuar sbg watak jahat manakala menonjolkan Najib sbg watak baik (Hero)
    tp x bleh slhkn media jgk, dh kerja mereka ....mungkin dpt bonus utk lakukan kerja2 tersebut (mencari idea burukan anuar)
    Ape yg dilaporkn olh media jika anuar yg pegi lwt britain...dh tentu berita nye - Anuar kerjasama dng kuasa asing utk jatuhkan kerajaan.@ Anuar pengkhianat negara.
    Ape berita kalau Anuar yg lwt paderi Kristian (pope)...dh tentu tajuk berita :- Anuar pengkhianat Islam @ Anuar merancang jadikan Kristian agama rasmi negara.
    mcm2 ulasan burukan Anuar dberikan olh mufti2 & menteri2 negara kita.dh tentu 1 jwtn kuasa dtubuhklan olh polis @ KDN utk siasat Anuar.
    Ape nk jd negara ni.mane keadilan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!