email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Monday 18 July 2011

Rahim Tamby Chik : 15k saja hadir perhimpunan bersih 2.0

18 July : Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, perhimpunan bersih 2.0 yang hadir cumalah 15ribu orang membuktikan bahawa bersih 2.0 telah gagal. Secara peribadi beliau menjelaskan yang hadir cumalah 15ribu walaupun bersih 2.0 memberi sasaran 100ribu orang yang akan hadir.


Beliau kemudiannya mengganggap pihak luar cuba memburukkan polis dan kerajaan dengan kekerasan yang diberikan.

Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.

Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, ia termasuklah cubaan sesetengah pihak menggunakan rakaman video kononnya menunjukkan kekejaman anggota keselamatan ketika cuba menyuraikan perhimpunan di Kuala Lumpur itu. 



Kemudian beliau menuduh Anwar mempunyai 'sympathiser' untuk mengkukacar-kacirkan negara. 


Beliau juga berharap Rakyat Malaysia perlu rasional dalam membuat penilaian terhadap dakyah yang tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

getahskrab@ apa jawapan anda tentang statement yang dikeluarkan oleh tamby chik ini? adakah ianya satu pengampuan? 


sumber : malaysiakini

KLIK IKLAN DIBAWAH INI

15 comments:

  1. bekas ketua menteri melaka ni kot yang dah xwaras

    ReplyDelete
  2. dia nk mengampu najib supaya bg cincin..haha

    ReplyDelete
  3. ni bukan nk menegakkan benang y basah nih..
    ni dah tali kapai neh..

    ReplyDelete
  4. "isu berkenaan akan terus
    dimainkan musuh kerajaan di
    dalam dan di luar negara."

    Shit! Satu dunia pun mereka nak lawan ke? Satu dunia semua salah,mereka je yang betul ke?

    ReplyDelete
  5. nama pun dah tinggal BEKAS, mmg logik ar dia meroyan hehehee

    ReplyDelete
  6. Kepala Otak Rahim itu waras tak waras

    Polis kata 5000

    Najib kata 9000

    Rahim kata 15000

    Polis + Najib + Rahim = 29000 orang pula...

    Betul tak betul ini

    Kejap itu kejap ini.....

    Tak waras tak waras

    ReplyDelete
  7. maklumlah ni polis, najib and rahim kira dari sudut lain masing masing, jadi nombor pun lain juga. memang semua di BN sudah tak waras.

    ReplyDelete
  8. lain kali, suruh dia orang pi kira kat sana...
    1 demi 1 kira...

    laporan semua tak sama... kalau you mau tahu berapa orang yang sokong BERSIH... tunggulah PRU13
    15K atau 1.5 mil atau 15 mil...

    ReplyDelete
  9. dia kata kononnya tak tercapai..dierang takot tu sebenarnya..kalau tak takkan lah KL yg nk buat Bersih 2.0..JB plak road block bagai nk rak..perjalanan 5 min jadi 1 jam..kalau takde road block mahu lebih ramai lagi yg join..dah giler kuasa ar tu..ampu PM nk jadi menteri lagi..bawak2 lah bertaubat..rumah kata pegi kubur kata mari..smoga allah ampunkan dosa dia..dan diberi hidayah..sampai bila nk menongkat langin..

    ReplyDelete
  10. statement tu nk kelentong makcik dan pakcik kt kampung, bolehlh.

    ReplyDelete
  11. deh tamby , mana fren fren u datuk T ? dieorang tak nak tambah lagi ke ?

    ReplyDelete
  12. ari 2 dlm berita harian terkantoi kata 100,000 lebih...2la..org yg menipu mmg akan lupa ape yg ditipu..klu ramai yg menipu akan jadi x sekata plak penipuannya..

    ReplyDelete
  13. aik...seminggu lebih lepas bersih baru muncul..sdapnye kate kt peserta bersih, dh ahli silat pg mne? presiden perkasa pergi mne? tv3 kate 6 ribu, yg ni kate 15 ribu...dua2 bohong

    ReplyDelete
  14. dah nyanyuk rupanya.. kesian..

    ReplyDelete
  15. dah kena barah otak orang2 tua lucah ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!