email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Sunday 31 July 2011

Subhanallah , mesti tengok dan fikir! Bencana Alam sambut Najib



Mungkin najib menjangkakan sambutan paling teruk akan diterima olehnya dalam satu program di Port Dickson pada hari semalam adalah kelibat rakyat yang akan menyambutnya dengan berpakaian kuning, atau paling tidak pun kesilapan memilih menu minuman yang berwarna kuning bukan merah,

Namun kehadiran najib kali ini sangat berbeza, ia mungkin menjadi sejarah yang tidak mungkin akan dilupakan najib dan rosmah,apatah lagi penduduk setempat.

Mungkin selepas ini rakyat di Port Dickson tidak lagi mahu perdana menteri dan isterinya itu hadir lagi kesana. bukan membawa tuah, namun kehadiran najib dan rosmah mungkin dianggap membawa bala.

Rombongan Rosmah dan isteri ..
Errrm..... maksud saya najib dan isterinya, disambut dengan ribut ganas, itu lah yang terjadi.

Ribut yang sangat ganas itu seperti mahu memaki hamun dan usir pergi najib dan rosmah, mungkin kerana ada kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh salah seorang atau kedua mereka di sana.

Beberapa keping gambar sedang tersebar hebat di internet menceritakan betapa ribut kali ini bukan ribut biasa, namun ia sangat pelik dan seperti mahu bawa satu tanda.

"INI ADALAH KUBAH MASJID BAGAN PINANG..masjid ini pernah menyaksikan seorang imam yg juga ahli PAS dipecat tanpa ada sebarang kesalahan yg dilakukan. dianiaya..! kemudian diarahkan imam untuk menyokong umno"

"Kebiasaannya Allah mengecualikan rumahNYA dari sebarang bala bencana.....tapi dlm hal ini berbeza.....siapa yg tahu jawapannya?"

"Mungkinkah ini tandanya Allah sedang menghantar isyarat.....Allah sedang memberitahu kita tentang sesuatu....fikir-fikirkanlah kepada yang masih belum sedar....kezaliman keatas rakyat mengundangkan 'cuitan' Allah.."


Itu antara beberapa petikan komen dari posting gambar diatas yang tukanglawan ambil dari laman sosial facebook.Muhammad Saufi antara saksi di tempat kejadian pula berkata


"Sebelum kehadiran mereka kesini, berlaku bencana pertama apabila berlaku tanah runtuh dan mnyebabkan loji penyimpanan air di linggi pecah dan rakyat PD terputus bekalan air selama ...3 hari. (belum pernah berlaku) 

Kemudian ketika hari kejadian, suasana pada awalnya sangat-sangat2 bagus. Tatkala rosmah dan najib jejak saje kaki ke bumi PD, langit mula gelap dan terus gelap tetapi hujan tetap tidak turun. 

Ketika najib berucap langit seakan tidak boleh dikawal gelapnya, tetapi tetap tidak turun. habis sahaja program, hujan ribut, taufan yg berlaku belum pernah kami lihat sedasyat itu.

Bayangkan bayi boleh terlepas dari pegangan ibunya sehingga terbang ke udara. kereta boleh terbalik ditiup angin. bayangkan berapa kuat ribut itu.

Yang lebih ironiknya, khemah2 kepunyaan polis, terbang hancur dibantai ribut tetapi khemah-khemah kepunyaan tentera hanya sikit sangat rosaknya tetapi tidak diterbangkan angin ribut..! khemah2 tentera dan pdrm berada di kawasan lapangan yg sama tetapi khemah pdrm jahanam dihancurkan alam dan tentera tidak ..fikirkanlah.

Ada kampung yg dekat dgn kawasan dukun rosmah tak pernah banjir, tetiba banjir mngejut..! kampung beliau di kg sawah sunggala yg selalu banjir apabila hujan seperti ini tidak pulak banjir seperti biasa. "

Kejadian ini seperti kata ramai amat dasyat, ia melibatkan kemusnahan yang terlalu teruk, ramai peniaga kecil kerugian apabila khemah-khemah perniagaan mereka hancur dan berserakan di atas jalan, seperti yang pernah digambarkan oleh rejim UmnoApco apabila mereka cuba memburukkan himpunan BERSIH dulu.

Ia juga mengakibatkan kerugian harta benda, rumah musnah dan hancur, keadaan jadi kacau bilau dan menimbulkan kesulitan pada penduduk setempat, kenderaan awam habis rosak teruk dan pokok habis tumbang seperti baru dilanda thusnami  sama juga seperti yang pernah rejim UmnoApco gambarkan melalui media massa satu ketika dahulu untuk memburukkan himpunan BERSIH.


Sebenarnya mengikut cerita ini bukan kali pertama lawatan najib dan rosmah disambut dengan keadaan yang mencemaskan ini. sebelum ini kejadian serupa hampir berlaku di melaka.



Kejadian pelik di Port Dickson pada sabtu genap minggu ke3 selepas himpunan bersih ini meragut dua nyawa apabila kenderaan mereka dihempap pokok, menerbangkan satu bayi,mencederakan ramai lagi yang tidak berdosa dan membuatkan ramai yang derita

Adakah ini satu kebetulan atau sebagai peringatan.mungkin juga satu bentuk sindiran pada rejim umnoapco yang terasa mereka sangat berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja. rosmah pernah sinis meminta jaga alam sekitar supaya tidak berlaku bencana alam semasa memberi komen thusnami di negara jepun dahulu, mungkin ini sindiran Allah padanya, agar mulut tidak terlalu enak berkata, nah....dan selepas ini kita juga boleh menyindir rosmah dengan berkata


"Halang rosmah dari datang ke tempat kita, kerana dia membawa bencana"


source : TKL


4 comments:

  1. kejadian luar biasa ini kata ramai bukan kebetulan, rosmah dan najib dihambat keluar dari bumi adat pepatih itu mungkin ada sebabnya...

    ReplyDelete
  2. mak aih..smpai mcm tu skali..mesti ada yang tak kena dengan dorang ni..ada koleksi gambar lagi tak? cerita menarik ni

    ReplyDelete
  3. SIAL punya manusia...mempergunakan kalimah ALLAH untuk kepentingan dendam kesumat..kepentingan peribadi,.......semoga ALLAH jua yg berkuasa menunjukkan kebenaran,apa nak jadi dgn blogger mcm ni??sia-sia amalan ibadah kau di bulan RAMADHAN ni dibazirkan dengan fitnah semata-mata,atau kau mmg tak pernah semayang kot,sebab tu kau tak takut dosa dan pahala yang sentiasa dicatit setiap hari oleh MALAIKAT dibahu kanan dan kiri kau yang tak pernah culas mencatit

    ReplyDelete
  4. kesian kat orang komen kat atas tuh...dia xbaca,dia yg menuduh,,,,tuduh orang xsemayang...padhal bila aku baca entry kt atas,,dia bertanya kepada pembaca apakah ini bala ataupun x..mcm ni la UMNO nak tarik pengundi.,.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!