email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Monday 19 September 2011

Gempar!!Poster burukkan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Kedah

18 sept 2011
Alor Star - Beberapa poster palsu yang kononnya dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.

Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah.




Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik.

“Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami,” katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR.

“Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu,” katanya.

Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).  -sinar


Adakah UMNO telah takut dengan kebangkitan rakyat di Kedah?  Siapa yang bertangungjawab dalam meretakkan hubungan kerajaan Pakatan rakyat di Kedah? Apakah mereka yang bertangungjawab ini sudah tidak ingat dosa dan pahala ?


Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu rakyat Kedah telah menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh.






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!