email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Thursday 14 July 2011

Isteri bagi suami dadah sebelum potong kemaluannya?

Hari ini getahskrab ingin berkongsi satu cerita dari gardenlove(california).. semasa getahskrab membaca cyberita online singapura, getahskrab tertarik dengan berita ini..''isteri bagi suami dadah sebelumpotong kemaluannya'' sebab ape ye si isteri tu buat macam tu kat suami dia? subhanallah..dunia sekarang...
ini cerita dia :


GARDEN GROVE (California): Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa berkata dia memberikan dadah kepada suaminya, yang sudah tidak lagi tinggal bersamanya, mengikatnya di katil dan kemudian memotong kemaluan suaminya itu sebelum membuangnya ke dalam alat pembuangan sampah.
Pegawai polis Garden Grove, Leftenan Jeff Nightengale, berkata Catherine Kieu Becker telah membubuh dadah ke dalam makanan mangsa, yang namanya tidak didedahkan, sejurus sebelum 'menyerang' mangsa pada malam Isnin lalu.
Menurut Leftenan Nightengale, lelaki berusia 51 tahun itu berasa lemah, terus berbaring dan tidak sedarkan diri.
Becker, 48 tahun, kemudian mengikat tangan dan kaki mangsanya di katil dengan tali, membuka pakaian mangsa dan menyerangnya dengan sebilah pisau dapur berukuran 25 sentimeter ketika mangsanya mulai sedar, kata Leftenan Nightengale. 'Beliau sedar apabila zakarnya dipotong,' ujar pegawai polis itu. Beliau selanjutnya berkata Becker kemudian membuang kemaluan suaminya itu ke dalam sebuah alat pembuangan sampah dan menghidupkan jenteranya. Becker diikat jamin AS$1 juta ($1.2 juta) selepas dia didakwa dalam penjara Orange County atas kesalahan mencetuskan huru-hara, menyerang dengan senjata bahaya, membubuh dadah dengan niat melakukan penipuan dan keracunan dan menganiayai pasangannya. Mangsanya terpaksa dibedah dan kini berada dalam keadaan tenat di Pusat Perubatan Irvine, Universiti California, di Orange. Bagaimanapun, Leftenan Nightengale menjangkakan mangsa akan dapat diselamatkan. Panggilan kepada seorang jurucakap hospital itu masih belum dijawab. -- AP.

 getahskrab juga tertanya-tanya apakah perasaan kita kalau kita juga dibuat macam tu? subhanallah...semoga kita dijauhkan dari benda2 seperti itu....jangan lah kita bertindak mengikut nafsu! tapi mestilah berfikir dengan kewarasan akal... :)
kita perlulah sentiasa menyayangi isteri kita begitu juga isteri mestilah menjadi isteri yang soleh kepada suami <3 <3
klik iklan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut :



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!