email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Friday 15 July 2011

Kami akan bagi banyak bukti kalau dicabar : Doktor

Para doktor dan staff yang melihat keganasan polis yang berlaku semasa bersih itu telah bersedia untuk memberi lebih maklumat lanjut dan bukti jika kenyataan mereka semalam disangkal oleh kerajaan. Tetapi mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut tentang kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa : kata Dr Sheikh Johari Bux hari ini. semalam ( 14july)

Malaysia kini : "Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan,"
kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.

"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.

Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".

Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.

"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."

Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu. Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital
sebagai tempat perlindungan.

Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.

Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

sumber : malaysiakini

klik iklan dibawah untuk membantu saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!