email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Friday 15 July 2011

lawatan Najib disambut pesta ''kuning''

Lawatan PM malaysia ke United Kingdom kali ini disambut ''panas'' oleh penunjuk perasaan yang berpakaian serba kuning.. mengapa ye??

Mereka membidas tindakan kerajaan kita yang terhadap perhimpunan bersih baru baru ini iaitu pada 9july lalu yang menuntut kerajaan kita bersihkan politik kotor..

Puluhan rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House, London sejam sebelum ketibaan Najib kesitu untuk pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain..


Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM). Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.





Diiringi Rosmah

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.






getahskrab@ rakyat inginkan Najib bersihkan politik kotor mendapatkan semula kepercayaan terhadap kerajaan.
sumber : malaysiakini

klik iklan di bawah untuk membantu saya :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!