email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Sunday 17 July 2011

Najib bertemu Pope?



''Ia merupakan perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002'' 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai hari ini.

Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Anggota rombongan yang lain ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan ketua paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ia merupakan perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif 'Pergerakan Sederhana Global'.

Turut menjadi agenda ialah usaha bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu.

Najib mengakhiri lawatan rasmi ke United Kingdom pada Jumaat.

- Bernama


sumber : malaysiakini 

getahskrab@ apa kata orang UMNO lepas ni??

klik iklan dibawah ini :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!