email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Monday 29 August 2011

Kerajaan sekarang, kerajaan di bawah UMNO punca melayu pecah belah - pendapat

Assalamualaikum..salam reformasi...salam kemerdekaan dan selamat hari raya!






Sikap kerajaan enggan 'buka telinga' antara punca Melayu berpecah


KUALA LUMPUR: Sambil menyatakan persetujuannya dengan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, seorang ahli akademik, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff, menegaskan perpecahan Melayu di Malaysia yang didakwa semakin parah, juga disebabkan tindakan kerajaan yang tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.

Selain itu, kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan Malaysia mengetepikan hak orang Melayu sebagaimana yang berlaku di Kelantan. 
  'Saya setuju sangat dengan pandangan Tan Sri Harussani tapi saya nak tambah lagi dua, iaitu perpecahan Melayu juga berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat. 'Kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah-belah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza, sebab itu punca orang Melayu berpecah. 
Tapi masalahnya, kerajaan takut nak dengar. 'Berpecahnya orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan. Sebab itu perpecahan ini berlaku,' katanya kepada The Malaysian Insider, yang laporannya disiarkan oleh laman berita itu semalam.  
Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Tan Sri Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan sikap tidak amanah.  

Tan Sri Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah-belah selepas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memecat mantan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada September 1998. Profesor Madya Agus berkata, perpecahan di kalangan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan Malaysia menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja, termasuk dari parti Pakatan Rakyat (PR).

  'Sekarang ini kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan. Inilah yang menyebabkan kelemahan orang Melayu,' katanya sambil menekankan bahawa kerajaan Malaysia perlu mengambil berat pandangan Tan Sri Harussani itu. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, pula berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu mengulas pandangan Mufti Perak itu.

'Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali Perdana Menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan Mufti Perak itu atau tidak. Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani,' katanya. Menurutnya, ada beberapa lagi faktor yang menyebabkan perpecahan masyarakat Melayu di Malaysia.
petikan daripada cyberita(AKHBAR MELAYU SINGAPURA)

**semakin ramai orang sedar tentang rasuah diMalaysia..najib bila lagi? turun la cepat2..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!