email me :

email me : getahskrab@gmail.com

click la disini!!

Thursday 21 July 2011

Kes kapal selam dan pembunuhan Atlantuya dijangka akan dibawa ke mahkamah Perancis!

BUKAN POLITIK TETAPI JENAYAH YANG MELIBATKAN PEMIMPIN NEGARA!








KUALA LUMPUR, 20 Julai:Peguam hak asasi manusia 
Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi 
politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama 
di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula 
malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal
 selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan
 perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau
 berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan
 Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di 
satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini 
perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian 
Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang 
rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman 
dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah 
tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika. 

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian 
mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam 
hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan 
kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu 
siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka 
menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, 
Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di 
Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku 
dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu 
sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna 
peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang 
bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi 
terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram 
memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima 
permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan 
pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang 
dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, 
syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke 
Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai 
dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak 
pembelian kapal selam itu ditandatangani. 
Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia 
dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah 
antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki 
kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, 
wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke 
akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, 
Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan 
kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, 
kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis s
eawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk 
membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai 
Suaram ketika dihubungi.

ANDA MUNGKIN NAK BACA NI : SCORPENE[CLICK HERE]

4 comments:

  1. bro..ade kecelaruan skit dlm design blog ko ni..ade word yang terlebih dari ruang yang disediakan..payah nak baca..

    ReplyDelete
  2. thank...sudah kemaskini...

    ReplyDelete
  3. tidak lama lagi William Bourdon akan terjun bangunan atau letupkan diri sendiri....

    ReplyDelete
  4. anon : kalau bourdon yg sendiri terjun bangunan tau letupkan diri...kira ok lgi kowt,lgipun mustahil nk belaku mcm tu...yg jadi parahnya belum sempat dia dedahkan kes...dah ade org tolak dia dri tas bangunan ..tak pun ade org len yg letupkan dia...semoga kes ini, selesai dengan seadil2ny...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

network!

TOP 10 !

jom la ikut saya!