KUALA LUMPUR, 20 Julai:Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang. Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang. Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya. Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana. Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu. Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika. Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini. Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya. Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas. Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti. Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis. Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini. Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini. Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang. Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis s eawalnya bulan Ogos tahun ini. "Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi. ANDA MUNGKIN NAK BACA NI : SCORPENE[CLICK HERE] |
email me :
email me : getahskrab@gmail.com
click la disini!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
network!
TOP 10 !
-
Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada Noorhayana Najwa sambil diperhatikan Tuanku Nur Zahirah, Sultan Ahmad Shah dan Sultan...
-
assalamualaikum...alhamdulillah...tiba juga 14syaaban...dapat juga saya berniat untuk berpuasa... marilah kita bersama sama berniat untuk ...
-
Malang lagi buat PM kita.. Lunch pula dibatalkan PM Britain.. Sudahlah semalam ketibaan Najib di London tidak disambut dengan hamparan pe...
-
Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. ...
-
Assalamualaikum semua..hari ini getahskrab tak dapat pergi motong, tapi dapat nak share dengan korang semua cara-cara menasihati orang dalam...
-
PASIR GUDANG - Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individ...
-
Hari ini blogger getahskrab@ ingin berkongsi satu lagi pendedahan oleh sahabat saya milosuam : milosuam : Hari ini blogger Milosuam telah ...
-
hina atau hormat? Isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah yang juga merupakan first lady malaysia dan juga menjadi ikon kepada wanita ISLAM ...
-
itulah kontroversi yang melanda isteri PM kita sekarang..dari mana beliau mendapatkan duit untuk membeli cincin tersebut? beliau mengesahk...
-
baca baca dan sebar! reformasi!! menuntut KEADILAN! KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar sk...
bro..ade kecelaruan skit dlm design blog ko ni..ade word yang terlebih dari ruang yang disediakan..payah nak baca..
ReplyDeletethank...sudah kemaskini...
ReplyDeletetidak lama lagi William Bourdon akan terjun bangunan atau letupkan diri sendiri....
ReplyDeleteanon : kalau bourdon yg sendiri terjun bangunan tau letupkan diri...kira ok lgi kowt,lgipun mustahil nk belaku mcm tu...yg jadi parahnya belum sempat dia dedahkan kes...dah ade org tolak dia dri tas bangunan ..tak pun ade org len yg letupkan dia...semoga kes ini, selesai dengan seadil2ny...
ReplyDelete